Monday, 26 August 2013

Sejarah Sekolah


  • Bermula dengan bangunan surau pada tahun 1952 yang dikenali sebagai Sekolah Rakyat Pulau Chapa. 
  • Namanya diambil sempena nama pokok chapa yang banyak tumbuh di kawasan ini.
  • Kemudian di bina sebuah bangunan bertiang kayu bulat, beratap nipah dan berlantaikan tanah dengan keluasan 20 kaki x 40 kaki di atas tapak seluas 2 relong.
  • bermula dengan tenaga pengajar seramai 2 orang dan murid 35 orang, pengajaran dijalankan secara kelas bercantum.
  • Pada tahun 1972 diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan, kemudian dibina sebuah bangunan konkrit 4 bilik kelas atas sebuah tapak baru di Kampung Matang Keriang dan dikekalkan namanya Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa di atas tapak sekarang ini keluasannya 3.5 ekar.
  • Dalam tahun 1983 bangunan ini ditambah sebuah blok bangunan 2 tingkat yang mana bagi menampung pelajar seramai 170 orang.
  • Jumlah pelajar sekarang ini seramai 157 orang dengan 16 staf akademik dan 6 orang kakitangan sokongan dan 3 kakitangan swasta.

0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..