Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday 31 October 2013

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa telah diadakan pada 31 Oktober 2013 (Khamis). Sambutan ini bertujuan meraikan kanak-kanak SKPC  yang merupakan permata negara masa hadapan.

Sambutan dimulakan acara menarik demontrasi sembelihan ayam sempena Kem Aqil Baligh Tahun 6.


Sambutan diteruskan dengan aktiviti dengan senamrobik bersama cikgu Shahida, pertandingan mewarna prasekolah dan murid tahap 1 serta sukaneka murid tahap 2. Kanak-kanak SKPC juga dihiburkan dengan persembahan murid dan tayangan video.

Senamrobik

Sukaneka bersama Cikgu Ishak dan Cikgu Fazlan

Pertandingan mewarna prasekolah dan tahap satu

Acara diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan ais kerim.
Semua guru, staf dan murid-murid diraikan dengan makan tengah hari dan aiskerim



PKKK menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim

Hadiah kepada para pemenang disampaikan pada hari ahad 3 November 2013. Tahniah kepada kanak-kanak yang berjaya.




Monday 28 October 2013

Kem Awal Remaja

Wednesday 23 October 2013

Kem Bestari Solat


Kem Bestari Solat adalah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh berwuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan yang dilaksanakan secara intensif di suatu tempat khas mengikut kesesuaian sekolah.

Kem Bestari Solat sesi terakhir bagi murid-murid Tahap 1 dan 2 SKPC telah diadakan pada 23 Okt. 2013 (Rabu). Murid-murid dibahagikan kepada 10 kumpulan semasa menjalankan aktiviti amali mengambil wuduk dan solat. Terima kasih atas penglibatan semua guru.

  







Thursday 17 October 2013

Pentadbir SKPC

Puan Sarina Binti Zainudin
Guru Besar
Encik Ruslan Samad Bin Othman
Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Nik Mohamad Jafrizal Bin Nik Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Rodzi Bin Din
Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Zuraida Binti Nanyan
Pembantu Tadbir


Monday 14 October 2013

Graduasi Prasekolah dan Tahun 6 2013

Majlis Graduasi Tahun 6 dan Prasekolah SKPC telah diadakan pada tarikh 14 Oktober 2013 (Khamis). Majlis yang julung-julung kali diadakan ini disambut dalam suasana meriah dan ceria.  Tahniah kepada semua anak-anak didik Tahun 6 yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan cemerlang dalam UPSR 2013. Tidak lama lagi anda semua akan meninggalkan SKPC. Semoga akan terus berusaha dengan tekun dan tabah melangkah ke sekolah menengah.


Kepada anak-anak comel Prasekolah permata ayah bonda, selamat melangkah ke alam persekolahan.


Sunday 13 October 2013

Graduasi Prasekolah PKG Ayer Hitam

Majlis Graduasi Prasekolah  PKG Ayer Hitam, telah diadakan SK Seri Muda, Jitra. Majlis disempurnakan oleh Puan Hjh Osma, Penolong PPD Prasekolah PPD Kubang Pasu. Tahniah kepada anak-anak prasekolah. Majlis turut diserikan dengan persembahan anak-anak comel prasekolah.







 




Sunday 6 October 2013

Gerak Tari 1 Malaysia Prasekolah

Program Geraktari 1 Malaysia & Sukaneka Prasekolah Peringkat PKG Ayer Hitam telah diadakan  di SJKC Yuh Min, Jitra turut disertai oleh anak-anak Prasekolah SKPC.
 



Friday 4 October 2013

Perkhemahan Kokurikulum 2013

Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan pada 3 & 4 Oktober 2013. Seramai 81 orang pelajar tahun 4, 5 dan 6 menyertai perkhemahan yang diadakan di perkarangan sekolah ini. 





Cari maklumat anda..