Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Sekolah akan mula bercuti pada 25 Julai 2014 (Jumaat)
Cuti Peristiwa 4 - 27 Julai 2014 (Ahad)
Cuti Hari Raya Aidil Fitri - 28 & 29 Julai 2014 (Isnin & Selasa)
Cuti Berganti 30 & 31 Julai 2014 (Rabu & Khamis)
Sekolah akan dibuka semula pada 03 Ogos 2014 (Ahad)

Majlis Khatam Al-Quran Ramadan 1435 Hijrah

Majlis Khatam Al-Quran yang merupakan penutup Program Ihya' Ramadan 1435 Hijrah telah diadakan pada 24 Julai 2014 (Khamis) bersamaan 26 Ramadan 1435 Hijrah. Program diadakan bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak di samping menanam sikap mencintai Al-Quran dalam diri anak-anak SKPC serta membudayakan amalan membaca Al-Quran.


Monday 21 July 2014

Program Ihya' Ramadan 1435 Hijrah

Program Ihya' Ramadan SKPC dijalankan sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak bermula dari tarikh 30 Jun 2014 hingga 24 Julai 2014. Antara aktiviti yang dijalankan setiap hari adalah tazkirah ramadan, hafazan, tadarus al-quran dan majlis khatam al-Quran.

07.15-07.45 pagi - Hafazan (Murid Tahap 1)
07.15-07.45 pagi - Tadarus Al-Quran (Murid Tahap 2)

09.45-10.15 pagi - Hafazan (Murid Tahap 1)
10.15-10.45 pagi - Tadarus Al-Quran (Murid Tahap 2)

Program Ihya' Ramadan diadakan bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak, menghayati fadilat bulan Ramadan, di samping menanam sikap mencintai Al-Quran dalam diri anak-anak SKPC serta membudayakan amalan membaca Al-Quran setiap hari.

Penutup Program Ihya' Ramadan adalah Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada 24 Julai 2014 (Khamis) bersamaan 26 Ramadan 1435 Hijrah.






Tuesday 15 July 2014

Kempen Kitar Semula oleh Enviroment Idaman

Kempen Kitar Semula telah diadakan pada 15 Julai 2014 (Selasa) dengan kerjasama Enviroment Idaman Kota Setar dan Kubang Pasu. Majlis dihadiri oleh Puan Shafina dan Encik Saiful. Majlis dimulakan dengan ceramah Kitar Semula oleh Encik Saiful dari Enviroment Idaman. Soalan-soalan kuiz dikemukakan kepada murid-murid dan hadiah disampaikan oleh Enviroment Idaman.


Majlis diakhiri dengan penyerahan Sangkar Kitar Semula oleh Encik Saiful kepada Guru besar SKPC. Warga SKPC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Enviroment Idaman kerana sudi hadir memberi penerangan tentang kepentingan Kitar Semula dan seterusnya meminjamkan Sangkar Kitar Semula untuk kegunaan anak-anak SKPC. Semoga kempen ini akan dapat menanam sifat cintakan alam sekitar menerusi amalan kitar semula.







Thursday 10 July 2014

Sarana Ibu Bapa





Wednesday 9 July 2014

Jeyarawara Penataran PPPM 2013-2025

Program Penataran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025






Antara aktiviti yang kami jalankan di SKPC ialah:

1. Taklimat PPPM 2013-2025
- Overview PPPM, Kajian TIMMS & PISA, Prasekolah, LINUS, KBAT dan i-Think
2. Info 5 Minit PPPM
3. Banner PPPM dipamerkan
4. Sudut PPPM
5. Edaran Risalah PPPM

Risalah PPPM 2013-2025 (ms 2)
Risalah PPPM 2013-2025 (ms 1)






14  INISIATIF 2014




Sunday 6 July 2014

Majlis Perpisahan Cikgu Rodzi PKKK

Tarikh: 06 Julai 2014 (Ahad)
Masa: 07.45 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKPC

Cikgu Rodzi bin Din PK Kokurikulum telah ditukarkan sebagai PK Korikulum di SK Pida 3. Pertukaran setara ini berkuatkuasa pada 16 Jun 2014. Majlis dimeriahkan dengan mengambil gambar kenangan  dan bersalaman dengan yang diraikan. SKPC kehilangan seorang PKKK yang berkelibar. Majlis diakhiri dengan rombongan Guru Besar menghantar Cikgu Rodzi ke SK Pida 3. Untuk mantan PKKK, selamat bertugas di tempat baru. 




Cari maklumat anda..