Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday 29 September 2014

UPSR ulangan 2014

Kepada anak-anak Tahun 6 yang akan menduduki UPSR ulangan Bahasa Inggeris dan Sains esok 30 September 2014 (Selasa), anggap ini sebagai satu hikmah kurniaan Allah s.w.t. Gunakan peluang kedua ini dengan sebaik-baiknya. Seluruh warga SKPC mendoakan kejayaan anak-anak semua.  Semoga usaha guru-guru dan anak-anak sekalian akan diberkati Allah s.w.t. Mudah-mudahan kejayaan bersama kita. 

Buat yang terbaik, jadilah yang terbaik. 
Aamiin.


Saturday 20 September 2014

Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (PrOD)

Alhamdulillah SKPC telah terpilih untuk menyertai program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (PrOD) dengan bimbingan dan pemantauan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan PPD Kubang Pasu.
Apa itu PrOD?

Bagi menjamin kejayaan pelaksanaan PrOD di SKPC, Guru Besar dan PK Pentadbiran SKPC telah menghadiri Kursus PrOD Fasa 1 di IAB Cawangan Utara pada 2-4 September 2014.



Taklimat PrOD akan disampaikan kepada warga SKPC seperti maklumat berikut:

Tarikh: 21 September 2014 (Ahad)
Masa: 2.00-4.00 petang
Tempat: Makmal Komputer Bestari SKPC
Objektif: Pendedahan kepada warga sekolah dan perancangan aktiviti pebangunan seterusnya.


Ibadah Qurban Bersama Muslim Aid

Selamat menyambut ibadah qurban dan haji.
Sama-sama kita menjalani ibadah qurban bersama Muslim Aid

Muat turun borang penyertaan qurban  di sini


Friday 19 September 2014

Projek Kewarganegaraan Sivik Tahun 5 - Langkawi

Alhamdulillah Projek Kewarganegaraan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 ke Langkawi telah selamat dijalankan pada 17-18 September 2014. Projek disertai oleh 4 orang pelajar dan guru besar.
Selamat sampai di Langkawi
Hari pertama, pelajar merasai pengalaman menaiki feri My Hotel ke Langkawi. Pelajar dibawa melawat ke mercu tanda Langkawi iaitu Dataran Lang. Kemudian, mereka dibawa melawat dan menghargai hidupan laut serta penguin yang comel di Underwater World dan menikmati pemandangan laut Pantai Chenang.

Pelajar dapat merasai pengalaman menaiki feri ke Langkawi
     
Penguin burung kutub menjadi tarikan Underwater World


LANGKAWI Permata Kedah
Seterusnya, mereka berpeluang ke Oriental Village, merasai persembahan Planet Marikh di dalam SkyDome dan menaiki SkyCab (kereta kabel) menghayati panorama Langkawi dari Gunung Mat Chinchang. Tidak lupa juga pelajar dibawa membeli-belah di Kompleks Haji Ismail Group untuk dibawa pulang sebagai ole-ole untuk keluarga dan rakan-rakan. Pelajar kemudian bermalam di Hotel Best Region, Kuah, Langkawi.  

Pengalaman naik SkyCab tiket harga diskaun pelajar Sekolah Rendah.
Terima kasih Panorama Langkawi
Hari kedua, pelajar merasai pengalaman bermesra dengan hidupan liar dan burung di Wildlife Park dan Bird Paradise.
Bird Paradise tak sabar nak masuk
Bergambar dengan swan yang cantik
Seronok main dengan arnab tak nak balik

Peserta tak sempat ke Makam Mahsuri, Galeria Perdana dan Langkawi Geopark Kilim. Walau bagaimanapun, terpaksa meningkalkan Langkawi. Peserta berangkat pulang dengan feri jam 1.00 tengah hari dan tiba ke rumah masing-masing pada jam 3.30 petang.

Bye Langkawi nanti kami nak datang lagi.

Tuesday 16 September 2014

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-51
Kami bangga menjadi anak Malaysia

Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah dan 
Penutup Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada :
Tarikh: 25 September 2014 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKPC

Thursday 11 September 2014

Cuti Pertengahan Penggal Ke-2 2014


Selamat bercuti. Manfaatkan masa cuti ini dengan mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jaga kebersihan dan keselamatan diri. Dengar pesanan ibu bapa dan bantu mereka di rumah.
Kembali semula ke sekolah pada 21 September 2014 (Ahad).

Gambar comel ini dipetik dari http://acshem.blogspot.com/ tq.


Monday 8 September 2014

Selamat Menduduki UPSR 2014

Selamat menduduki UPSR kepada seramai 32 orang calon UPSR SKPC. UPSR akan dijalankan mulai esok selama 3 hari iaitu 9, 10 dan 11 September 2014. 


Kertas yang akan dihadapi oleh semua calon SKPC adalah:
Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman)
Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan)
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains

Doakan yang terbaik untuk anak-anak didik SKPC. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan terbaik. Mudah-mudahan segala usaha dan kesungguhan yang telah dilalui oleh para pendidik dan anak-anak kita akan mendapat keberkatan Allah s.w.t. Aamiin ya rabbalalamiin,








Monday 1 September 2014

Sambutan Kemerdekaan 2014

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan di SKPC telah diadakan pada:

Tarikh: 01 September 2014 (Isnin) 
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Perkarangan SKPC

Aturcara:

Sambutan dimulakan dengan membaca Perutusan Perdana Menteri Malaysia yang disampaikan oleh Encik Ishak bin Abdul. Majlis diteruskan dengan laungan merdeka sebanyak 3 kali diikuti dengan perarakan masuk penunggang basikal dari kalangan anak-anak didik SKPC yang membawa masuk berndera jalur gemilang, sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik.


Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri

Cari maklumat anda..