Wednesday 5 August 2015

KEM MOTIVASI TAHUN 6 2015

          Kem Motivasi Murid-murid Tahun 6 telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada hari Khamis 30 Julai 2015 sehingga 1 Ogos 2015 bertempat di Kem Pendidikan Lestari Alam Sekitar (PALAS), Sungai Dara Mandi, Jalan Titi Hayun, Yan, Kedah. Seramai 26 orang murid-murid Tahun 6 dari SK Pulau Chapa telah menyertai kem ini dan diiringi oleh empat orang guru pengiring. Objektif program adalah untuk memberi motivasi kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September ini. Selain itu, pelaksanaan program ini juga diharap dapat meningkatkan keyakinan diri dan semangat untuk belajar, disamping untuk mendedahkan murid-murid kepada aktiviti berkumpulan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Ice Breaking, Motivasi Diri, Teknik Menjawab Soalan, Night Walk dan Jungle trekking disamping itu murid-murid juga diwajibkan solat 5 waktu secara berjemaah. Diharap dengan mengikuti kem ini, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sahsiah peribadi diri yang lebih baik, selari dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
























0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..