Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Monday, 29 September 2014

UPSR ulangan 2014

Kepada anak-anak Tahun 6 yang akan menduduki UPSR ulangan Bahasa Inggeris dan Sains esok 30 September 2014 (Selasa), anggap ini sebagai satu hikmah kurniaan Allah s.w.t. Gunakan peluang kedua ini dengan sebaik-baiknya. Seluruh warga SKPC mendoakan kejayaan anak-anak semua.  Semoga usaha guru-guru dan anak-anak sekalian akan diberkati Allah s.w.t. Mudah-mudahan kejayaan bersama kita.  Buat yang terbaik, jadilah yang terbaik.  ...

Saturday, 20 September 2014

Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (PrOD)

Alhamdulillah SKPC telah terpilih untuk menyertai program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah (PrOD) dengan bimbingan dan pemantauan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan PPD Kubang Pasu. Apa itu PrOD? Pengenalan PrOD  Bagi menjamin kejayaan pelaksanaan PrOD di SKPC, Guru Besar dan PK Pentadbiran SKPC telah menghadiri Kursus PrOD...

Ibadah Qurban Bersama Muslim Aid

Selamat menyambut ibadah qurban dan haji. Sama-sama kita menjalani ibadah qurban bersama Muslim Aid Muat turun borang penyertaan qurban  di sini ...

Friday, 19 September 2014

Projek Kewarganegaraan Sivik Tahun 5 - Langkawi

Alhamdulillah Projek Kewarganegaraan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 ke Langkawi telah selamat dijalankan pada 17-18 September 2014. Projek disertai oleh 4 orang pelajar dan guru besar. Selamat sampai di Langkawi Hari pertama, pelajar merasai pengalaman menaiki feri My Hotel ke Langkawi. Pelajar dibawa melawat ke mercu tanda Langkawi iaitu Dataran Lang. Kemudian, mereka dibawa melawat dan menghargai hidupan laut serta penguin yang...

Tuesday, 16 September 2014

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-51 Kami bangga menjadi anak Malaysia Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sekolah dan  Penutup Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada : Tarikh: 25 September 2014 (Khamis)Masa: 7.30 pagi Tempat: Dataran Perhimpunan SK...

Thursday, 11 September 2014

Cuti Pertengahan Penggal Ke-2 2014

Selamat bercuti. Manfaatkan masa cuti ini dengan mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jaga kebersihan dan keselamatan diri. Dengar pesanan ibu bapa dan bantu mereka di rumah. Kembali semula ke sekolah pada 21 September 2014 (Ahad). Gambar comel ini dipetik dari http://acshem.blogspot.com/ tq. ...

Monday, 8 September 2014

Selamat Menduduki UPSR 2014

Selamat menduduki UPSR kepada seramai 32 orang calon UPSR SKPC. UPSR akan dijalankan mulai esok selama 3 hari iaitu 9, 10 dan 11 September 2014.  Kertas yang akan dihadapi oleh semua calon SKPC adalah: Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman)Bahasa Melayu Kertas 2 (Penulisan) Bahasa Inggeris Matematik Sains Doakan yang terbaik untuk anak-anak didik SKPC. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan terbaik. Mudah-mudahan segala usaha dan...

Monday, 1 September 2014

Sambutan Kemerdekaan 2014

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan di SKPC telah diadakan pada: Tarikh: 01 September 2014 (Isnin)  Masa: 7.30 pagi Tempat: Perkarangan SKPC Aturcara: Sambutan dimulakan dengan membaca Perutusan Perdana Menteri Malaysia yang disampaikan oleh Encik Ishak bin Abdul. Majlis diteruskan dengan laungan merdeka sebanyak 3 kali diikuti dengan perarakan masuk penunggang basikal dari kalangan anak-anak didik SKPC yang membawa masuk berndera jalur...

Cari maklumat anda..