Wednesday 1 April 2015

Portal Pendidikan Kedah e-tutor

Pengenalan Kedah e-tutor

Konsep pembelajaran menggunakan "Virtual Learning" atau lebih dikenali sebagai Pembelajaran Alam Maya Secara Interaktif telah ditekankan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Blueprint)Tahun 2013-2025. Ia adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu pelajar-pelajar mencapai tahap pembelajaran dengan menggunakan kaedah eksplorasi teknologi ICT.
Kegunaan e-tutor:
  1. Menambah kandungan atas talian (online) untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik meyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal,dan.
  2. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.
Objektif Kedah e-tutor
  • Kedah e-tutor diperkenalkan kepada pelajar tahun 4,5,6 dan guru bagi pelajar sekolah rendah dan pelajar tingkatan 1 hingga 5 dan guru bagi pelajar sekolah menengah.
  • Membolehkan pelajar menikmati pengalaman suasana pembelajaran yang lebih bersifat kendiri dan peribadi melalui pembelajaran secara video (video learning tutorial).
  • Mempelajari dan mengaplikasi kaedah pembelajaran yang menggunakan teknik "mind mapping" yang diperkenalkan oleh Tony Buzan.
  • Dapat menanam nilai sifat proaktif di kalangan pelajar dengan menumpukan kepada kaedah pembelajaran secara kendiri.
  • Menjadi salah satu pemangkin kejayaan Negeri Kedah dalam usaha memperbaiki pencapaian bidang pendidikan di arena nasional.
Senarai mata pelajaran yang disediakan Kedah e-tutor.
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Pendidikan Moral, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, dan Biologi.

4 Langkah Mudah Menggunakan e-tutor.
  1. Layari laman sesawang http://www.kedah-etutor.com
  2. Log masuk kali pertama dengan mengisi ruang NAMA PENGGUNA dan KATA LALUAN menggunakan nombor kad pengenalan anda.
  3. Mulakan sesi pembelajaran atas talian mengikut mata pelajaran yang dipilih.
  4. Cetak dan hantar Kad Laporan Mingguan anda kepada guru anda.
  

0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..