Sunday 2 August 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKPC 2015.

   Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 SK Pulau Chapa telah diadakan pada hari Khamis, 30 Julai 2015 bersamaan 14 Syawal 1436. Majlis bermula seawal pukul 8 pagi dimana para waris, guru dan staf sekolah bergotong-royong mendirikan khemah dan memasak untuk jamuan tersebut. Pada pukul 11.30 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Haji Zakwan, seterusnya ucapan daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Noraini bt Ramli dan ucapan daripada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Encik Zohri bin Ahmad. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid dan nyanyian daripada murid-murid sambil semua para jemputan menikmati juadah yang disediakan. Majlis bersurai pada pukul 12.45 tengah hari selepas selesai membersihkan semua peralatan dan kawasan di sekitar sekolah. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah di antara guru-guru dan para ibu bapa. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.


                                        











0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..