Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday 14 November 2013

Keputusan UPSR 2013



Pada 14 November 2013 jam 10.00 keputusan UPSR 2013 telah diumumkan kepada calon-calon UPSR 2013. Seramai 25 orang calon hadir menerima keputusan masing-masing. Turut sama hadir dalam majlis ini adalah para waris yang diundang khas untuk bersama-sama merasai kejayaan anak-anak mereka.

Peratus lulus keseluruhan adalah 64.0 (2013) menurun berbanding 66.0% (2012). Namun demikian, gred purata sekolah (GPS) meningkat dari 2.81 (2012) kepada 2.44 (2013). Tahniah kepada Nur Najiha yang berjaya memperoleh 5A, Nurul Aieman dan Ainul Marhah 4A1B. Kepada pelajar lain teruskan berusaha supaya beroleh kejayaan dalam peperiksaan lain dimasa akan datang.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik SKPC, ibu bapa dan anak-anak didik Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus dan berkorban untuk mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

ANALISIS UPSR 2009-2013

TAHUN
2009
2010
2011
2012
2013
MATA PELAJARAN
%
GPMP
%
GPMP
%
GPMP
%
GPMP
%
GPMP
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
90.9
2.27
93.3
2.20
90.0
2.20
81.0
2.81
96.0
1.80
BAHASA MELAYU (PENULISAN)
81.8
2.30
66.7
2.87
80.0
2.30
76.2
2.24
72.0
1.90
BAHASA INGGERIS
57.6
3.36
46.7
3.47
60.0
3.3
66.7
3.19
80.0
2.70
MATEMATIK
78.8
2.82
80.0
2.60
90.0
2.35
76.2
3.00
88.0
2.50
SAINS
93.9
2.48
86.7
2.73
85.0
2.75
81.0
2.81
88.0
2.40
PENCAPAIAN UPSR
%
GPS
%
GPS
%
GPS
%
GPS
%
GPS
KESELURUHAN
57.6
2.65
40.0
2.77
55.0
2.58
66.7
2.81
64.0
2.44







Tuesday 12 November 2013

Visi dan Misi KPM yang baru

Visi dan Misi KPM yang baru
11 November 2013

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Saturday 9 November 2013

Lawatan B&K Ke Kuala Lumpur

Lawatan sambil belajar murid anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ke Kuala Lumpur. Tarikh : 08-09 November 2013. Rombongan disertai oleh seramai 36 orang murid dan 6 orang guru.







Thursday 7 November 2013

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa




Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa telah diadakan pada 07 November 2013 (Khamis). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YM Tunku Bishara, Pengerusi Persatuan Membantu OKU (Akal) Negeri Kedah yang telah memilih SKPC untuk dikunjungi. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Abdul Karim, Setiausaha Persatuan Membantu OKU (Akal) Negeri Kedah bersama rombongan yang sudi berkunjung dan bermesra dengan warga SKPC. 

















Monday 4 November 2013

DWEN & Projek Kewarganegaraan Ke Perlis

Cari maklumat anda..