Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday 25 April 2014

Merentas Desa 2014

Latihan Merentas Desa telah diadakan seperti maklumat berikut:

LATIHAN 1

Tarikh: 16.04.2014 (Rabu)
Masa: 5.00 petang

LATIHAN 2:

Tarikh: 23.04.2014 (Rabu)
Masa: 5.00 petang

KEJOHANAN MERENTAS DESA 201

Tarikh: 24.04.2014 (Khamis)
Masa: 5.00 petang


Thursday 24 April 2014

Aktiviti Sekolah 2014


KURIKULUM

Sarana Sekolah
Peningkatan Akademik T1-6
Peningkatan UPSR
Intervensi UPSR Team Teaching
Dialog Prestasi
Tuisyen PIBG
Unicliq i-TRIM
1 BestariNet VLE Frog
Program LINUS
Perjumpaan Waris
Pondok Bacaan NILAM
Taman Sains
Taman Orkid
Sistem Kehadiran Guru

HAL EHWAL MURID

Sekolah Penyayang
Sarana Ibu Bapa
Kebersihan dan Keceriaan Bilik Darjag
Gotong-royong Mengecat Bilik Darjah Bersama Murid dan Waris
Gotong-royong Buka Sekolah
Bulan PPDa
Program Anak Angkat Tahun 6
Program Kitar Semula
Radio SKPC
Kem Sahsiah Terpuji
Motivasi Pelajar
Motivasi Waris
Sistem Kehadiran Murid
Taman Sahara
Taman Taman Herba

KOKURIKULUM

Hari Kokurikulum
Majlis Hari Anugerah Cemerlang
Kejohanan Merentas Desa
Kejohanan Balapan dan Padang
Kem Bestari Solat
Kem 1M1S
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform
Sambutan Bulan Kemerdekaan
Sambutan Hari Kanak-kanak
JK Sambutan Peringkat Sekolah
Keceriaan Sekolah

KOMUNITI

Mesyuarat Agung PIBG
Mesyuarat AJK PIBG
Sarana Ibu Bapa
Tuisyen PIBG
Majlis Sambutan Israk Mikraj (PIBG)
Majlis Berbuka Puasa (PIBG)
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri (PIBG)

Majlis Pentauliahan Komandan Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Majlis Pentauliahan Komandan KRS kepada semua Guru Besar Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu telah diadakan pada 23 April 2014 (Rabu) bertempat di SK Taman Aman. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini disempurnakan oleh Kolonel KRS negeri Kedah. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan kehormat dan pentauliahan komandan KRS. Dalam majlis ini Guru Besar dikurniakan pangkat Leftenan Kolonal. Majlis diakhiri dengan ucapan tuan Kolonel.





Kem Bestari Solat Siri 1 2014

Kem Bestari Solat Siri 1 telah diadakan di surau dan bilik darjah SK Pulau Chapa seperti maklumat berikut:

TAHAP 2

Tarikh: 16.04.2014 (Rabu)
Masa: 1.15 - 5.00 petang
Peserta: Murid Tahun 4, 5 dan 6
Bil. Peserta:
Guru Bertugas:

TAHAP 1

Tarikh: 17.04.2014 (Khamis)
Masa: 1.15 - 5.00 petang
Peserta: Murid Tahun 1, 2 dan 3
Bil. Peserta:
Guru Bertugas:


Projek Khidmat Kemasyarakatan

Projek khidmat kemasyarakatan SKPC melibatkan pengumpulan dan pengagihan pakaian dan barangan terpakai (seperti beg, langsir dan kasut) oleh warga SKPC dan penderma luar. Barangan yang dikumpul ini dipamerkan di kantin sekolah untuk dipilih oleh murid-murid dan para waris. Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu murid-murid yang memerlukannya. Sumbangan sebegini akan diadakan dari semasa ke semasa.








Thursday 17 April 2014

Taklimat i-TRIM

Taklimat i-TRIM telah dijalankan oleh Cik Husna jurulatih dari Unicliq kepada 32 orang murid Tahun 6 SKPC pada 16 April 2014 bertempat di Makmal Komputer Bestari SKPC. Menerusi taklimat ini murid-murid diajar cara membuka lama i-TRIM dengan melalui unicliq.com. Setiap murid diberi ID pengguna dan kata laluan sendiri! Laman I-TRIM merupakan latihan inter aktif secara online yang  boleh diakses oleh semua murid. Adalah diharapkan dengan adanya i-TRIM ini pencapaian murid akan meningkat.





Monday 14 April 2014

Majlis Penyerahan Anak Angkat

Majlis Penyerahan Anak Angkat dijalankan hari ini, yang merupakan sebahagian dari Program Sekolah Penyayang. Program melibatkan seramai 32 orang anak angkat. Mereka terdiri daripada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun ini. Semua guru memilih anak angkat masing-masing secara undian. Setiap guru menerima 2 orang anak angkat. Ibu bapa angkat akan mendidik, memotivasi dan membantu anak angkat masing-masing dalam pelajaran harian mereka. Semoga program ini akan dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam UPSR 2014.














Sunday 13 April 2014

Kejayaan Murid SKPC 2014

Tahniah atas kejayaan yang diraih oleh murid-murid SK Pulau Chapa sepanjang tahun 2014

Kejohanan Balapan dan  Padang
Mewakili PKG Ayer Hitam
Acara: Olahraga
Nama Murid: Mohd Ruslan

Karnival Bahasa Inggeris
Tarikh: 09.04.2014 (Rabu)
Tempat: PKG Ayer Hitam
Acara: Public Speaking Tempat ke-3
Nama Murid: Nor Ajwa (Tahun 6)


Kejohanan Bola Baling Daerah Kubang Pasu
Tarikh: 12-13.04.2014
Tempat: SMK Tengku Inderaputera
Tempat ke-3

Pertandingan Kokurikulum KAFA

Peringkat PKG
Johan Nasyid
Johan Azan

Peringkat Daerah Kubang Pasu
Johan Nasyid
Johan Azan

Peringkat Negeri
Tempat Ke-3 Nasyid

Cari maklumat anda..