Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday 22 January 2014

Latihan Kebakaran Oleh Bomba Jitra

Latihan Kebakaran dan Kecemasan kali 1/2014 telah diadakan di SKPC pada 22 Januari 2014 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Jitra dan Dahman Trading Sdn. Bhd. Turut serta dalam latihan ini adalah semua murid SKPC, guru dan staf sokongan.


Menerusi latihan ini murid-murid diberi penerangan oleh Encik Jamal, Pegawai Bomba Jitra tentang langkah-langkah keselamatan dalam mengelakkan berlaku kebakaran di premis kediaman dan sekolah serta langkah-langkah yang patut diambil sekiranya berlaku kebakaran sama ada di rumah atau sekolah.







Terima kasih Bomba

Pegawai Bomba dan Dahman Trading yang bekerjasama menjayakan latihan ini

Sunday 19 January 2014

Enrolmen Murid pada 15 Januari 2014


ENROLMEN MURID PADA 15.01.2014

KELAS
BIL. KELAS
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN2
JUMLAH
L
P
L
P
L
P
L
P
PRASEKOLAH
1
18
6
 
 
 
 
 
 
24
TAHUN 1
1
15
13
 
 
 
 
 
 
28
TAHUN 2
1
5
8
 
 
 
 
 
 
13
TAHUN 3
1
12
11
 
 
 
 
1
 
24
TAHUN 4
1
8
10
 
 
 
 
 
 
18
TAHUN 5
1
14
11
 
 
 
 
 
 
25
TAHUN 6
1
13
19
 
 
 
 
 
 
32
JUMLAH
7
86
78
 
 
 
 
1
 
164

Maklumat Asas Sekolah 2014



PROFIL SEKOLAH
Nama sekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU CHAPA
Alamat
06000 Jitra, Darul Aman
Daerah
Kubang Pasu
Kod Sekolah
KBA4056
Lokasi
Luar Bandar
No. Telefon
04-794 2048
No. Faks
04-794 2048
e-mail
Laman Web / Blog
Nama Guru Besar
Puan Sarina binti Zainudin
Nama PK Pentadbiran
Encik Ruslan Samad bin Othman
Nama PK HEM
Puan Noraini binti Ramli
Nama PK Kokurikulum
Encik Rodzi bin Din
Jumlah Guru
16 orang
Jumlah Staf Sokongan
6 orang
Jumlah Murid Pada 15.01.2014
164 orang
Motto Sekolah
Ilmu Suluh Hidup

Wednesday 15 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 1435H

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 1435 Hijrah telah diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah. Majlis sambutan dimulakan dengan bersalawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w, diikuti dengan perarakan sambil bersalawat.

Majlis diteruskan dengan cerita-cerita nabi oleh ustaz Zakwan dan ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Idham dari SK Padang Pekan. Majlis diakhiri dengan pertandingan kuiz dan mewarna.
 






Cari maklumat anda..