Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday 31 December 2013

Taklimat Waris Tahun 1 dan Prasekolah 2014

Monday 30 December 2013

LDP KSSR PBS Tahun 4

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 4 telah diadakan pada 29 Disember 2013 (Ahad). LDP ini bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas, pendedahan dan maklumat sebenar tentang isi kandungan, kaedah dan teknik pengajaran mata pelajaran KSSR Tahun 4.

LDP ini dihadiri oleh semua guru SKPC disampaikan oleh guru-guru yang menghadiri kursus berkenaan di peringkat PPD Kubang Pasu dan JPN Kedah. Dalam kursus ini juga guru-guru diberi penerangan yang jelas mengenai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan dasar penting KPM yang bergerak selari dengan KSSR. 

Harapan Guru Besar melalui LDP ini guru-guru dapat menghayati konsep KSSR dan PBS serta melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM, seterusnya mencapai misi dan visi KPM.




Sunday 29 December 2013

Gotong-royong Bersama Waris 2014

Gotong-royong Buka Sekolah Bersama Waris telah diadakan pada 29 Disember 2013 mulai jam 9.00 pagi. Terima kasih kepada para waris dan murid sudi hadir membersihkan bilik darjah masing-masing.







 
 

Selamat Kembali Ke Sekolah 2014

Guru Besar, Guru-guru dan Staf Sokongan SKPC mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada anak-anak didik SKPC bagi sesi persekolahan 2014. Selamat belajar dengan penuh keazaman dan kesungguhan. Semoga kejayaan akan berjaya meraih kejayaan bersama-sama.

Selamat datang kepada murid-murid baru, Prasekolah dan Tahun Satu. Selamat menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Semoga dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan belajar dengan tekun.

.

Thursday 26 December 2013

Kalendar Persekolahan 2014

Takwim Persekolahan 2014 dan Takwim Cuti Sekolah 2014 yang dikeluarkan oleh KPM merujuk laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.Download Takwim Persekolahan dan Cuti Sekolah 2014. Rancang aktiviti tahunan dengan lebih teratur merujuk aktiviti persekolahan dengan Takwim Persekolahan 2014 KPM. Pautan tambahan: Kalendar 2014 dan Tarikh Cuti Umum Malaysia.



TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN CUTI PENGGAL 2014
KUMPULAN A


Perincian hari persekolahan mengikut penggal dan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2014 Bagi Kumpulan A Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 209 hari dan Jumlah Hari Cuti Penggal 81 hari. Merujuk Takwim Persekolahan 2014 dan Takwim Cuti Sekolah 2014 yang dikeluarkan oleh KPM.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN CUTI PENGGAL 2014
KUMPULAN B
Perincian hari persekolahan mengikut penggal dan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2014 Bagi Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 209 hari dan Jumlah Hari Cuti Penggal 81 hari. Merujuk Takwim Persekolahan 2014 dan Takwim Cuti Sekolah 2014 yang dikeluarkan oleh KPM.


MUAT TURUN TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014

Takwim Persekolahan 2014 dan Takwim Cuti Sekolah 2014 untuk persediaan awal dan perancangan Tahun 2014. Tarikh dan Jadual lengkap Penggal Persekolahan dan Takwim Cuti Sekolah 2014 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh dimuat turun di sini.

Tuesday 24 December 2013

Visi dan Misi Sekolah yang baru

VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Friday 13 December 2013

Pokok Besar Punca Kerosakan Struktur Bangunan

SKPC diancam kerosakan. Pokok besar yang tumbuh di tengah-tengah bangunan sekolah blok A dan blok B merupakan punca kerosakan tersebut. Sebanyak dua batang pokok jejawi dan tiga batang pokok rhu menyebabkan kerosakan longkang dan lantai bangunan. Akar pokok-pokok ini menjalar ke dalam longkang bangunan sekolah.

Pihak pengurusan dan PIBG sekolah sependapat bahawa pokok ini perlu ditebang segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk berlaku. 








Thursday 12 December 2013

Sejarah Guru Besar


Jasamu dikenang. 
Sejarah Guru Besar yang bertugas di SKPC

Bil.
Nama Guru Besar
Tahun Bertugas
1.        
Encik Yaakob
1974-1978
2.        
Encik Mat Zin Bin Osman
1978-1984
3.        
Encik Ahmad Bin Mat Saman
1984-1991
4.        
Encik Saad Bin Man
1991-1997
5.        
Tuan Haji Kamaludin Bin Abas
1997-2001
6.        
Encik Ismail Bin Harun
2001-2002
7.        
Puan Azizah Binti Abdul
2002-2006
8.        
Encik Ku Amran Bin Ku Saud
2006-2013
9.        
Puan Sarina Binti Zainudin
2013-2014
 10.
Encik Che Zainudin Bin Che Mohamad
2014 -
 






Tuan Haji Kamaludin Bin Abas
(1997-2001)

Encik Ku Amran Bin Ku Saud
(2006-2013)



Wednesday 11 December 2013

Staf Sokongan SKPC 2014

Puan Zuraida Binti Nanyan
Pembantu Tadbir N17
Puan Noor Iman
Pembantu Pengurusan Murid N17



Guru-guru SKPC 2014


 

 



Cari maklumat anda..