Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday 26 March 2014

Kem UPSR

Kem UPSR Cemerlang 2014 bagi murid-murid Tahun 6 SKPC yang akan menduduki UPSR pada bulan September depan. Kem ini telah diadakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra pada 25 dan 26 April 2014 bertempat di KKBD.

Kem ini telah diisi dengan slot motivasi oleh pelajar praktikum KKBD dan teknik menjawab mata pelajaran UPSR  oleh guru- berpengalaman.


Thursday 20 March 2014

Pelancaran Bulan PPDa

Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah diadakan sepanjang bulan Mac 2014. Pelancaran Bulan PPDa ini telah diadakan pada 18 Mac 2014. Pelancaran yang disempurnakan oleh Encik Ruslan Samad Bin Othman, Penolong Kanan Pentadbiran. Dalam majlis pelancaran ini perutusan PPDa dibacakan.

Objektif:
1. Mendedahkan murid-murid dengan pencegahan penyalahgunaan dadah.
2. Mencegah dari awal tabiat merokok di kalangan kanak-kanak.

Monday 17 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG SKPC Kali Ke-47

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 telah diadakan pada 16 Mac 2014 (Ahad) mulai jam 4.00 hingga 6.00 petang bertempat di kantin SKPC. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG Encik Zohri. Mesyuarat membincangkan usul yang dikemukakan oleh para waris. Mesyuarat diadakan dalam suasana aman dan harmoni. Tahniah kepada YDP, AJK dan semua ahli.

Hari Anugerah Cemerlang



Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 16 Mac 2014 (Ahad) jam 2.30 hingga 4.30 petang bertempat di kantin SKPC.  Terima kasih kepada YB. Dato' Othman Haji Aziz, Ahli Parlimen Jerlun yang telah sudi hadir menyempurnakan majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Majlis diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Majlis juga diserikan dengan persembahan murid dan jamuan ringan.

Syabas dan tahniah kepada para penerima hadiah dan ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak. Setinggi-tinggi penghargaan dan kasih juga kepada semua guru dan PIBG yang telah berkerjasama menjayakan majlis HAC ini.

Thursday 13 March 2014

Majlis Pelancaran Bulan PPDa


Tarikh: 13.03.2014 (Khamis)
Tempat: Dataran Perhimpunan SKPC
Perasmian oleh: Encik Ruslan Samad bin Othman (PK Pentadbiran)
Penyelaras Program: Puan Noraini binti Ramli (PK HEM)

Aturcara Program:
Gimik Pelancaran oleh PK1
Bacaan Ikrar PPDa
Aktiviti Mewarna dan Kuiz
Ceramah PPDa



Cari maklumat anda..