Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 26 August 2013

Sejarah Sekolah


  • Bermula dengan bangunan surau pada tahun 1952 yang dikenali sebagai Sekolah Rakyat Pulau Chapa. 
  • Namanya diambil sempena nama pokok chapa yang banyak tumbuh di kawasan ini.
  • Kemudian di bina sebuah bangunan bertiang kayu bulat, beratap nipah dan berlantaikan tanah dengan keluasan 20 kaki x 40 kaki di atas tapak seluas 2 relong.
  • bermula dengan tenaga pengajar seramai 2 orang dan murid 35 orang, pengajaran dijalankan secara kelas bercantum.
  • Pada tahun 1972 diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan, kemudian dibina sebuah bangunan konkrit 4 bilik kelas atas sebuah tapak baru di Kampung Matang Keriang dan dikekalkan namanya Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa di atas tapak sekarang ini keluasannya 3.5 ekar.
  • Dalam tahun 1983 bangunan ini ditambah sebuah blok bangunan 2 tingkat yang mana bagi menampung pelajar seramai 170 orang.
  • Jumlah pelajar sekarang ini seramai 157 orang dengan 16 staf akademik dan 6 orang kakitangan sokongan dan 3 kakitangan swasta.

Visi dan Misi

Semangat Kerjasama Prestasi Cemerlang

VISI SEKOLAH

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa sebagai pusat kecemerlangan ilmu, perkembangan sahsiah dan jati diri serta kejituan permuafakatan di peringkat daerah kubang pasu

MISI SEKOLAH


Memimpin, mengurus dan mentadbir dengan cekap, berkesan dan beringtergriti
  • Melahirkan murid cemerlang dan berdaya saing dalam kurikulum
  • Menjanakan murid hebat, berjati diri dan berkualiti dalam kurikulum
  • Membentuk dan membina murid bersahsiah berketerampilan dan berjiwa nasional
  • mengeratkan hubungan baik dan efektif dengan komuniti


Lencana sekolah

1. Warna dan Takrif
  • Warna Hijau     - Melambangkan Keislaman
  • Warna Kuning  - Warna Diraja dan Kawasan Persekitarannya yang rata terdapat sawah padi
  • Warna Merah   - Semangat Berani 
  • Warna Biru      - Melambangkan Cahaya Kejayaan
2. Komposisi dan Takrif
  1. Obor               - Melambangkan Kejayaan Sekolah
  2. Buku              - Melambangkan Ilmu Pengetahuan
  3. Padi               - Melambangkan Kemakmuran dan Kawasan Persekitaran

Tuesday, 20 August 2013

Guru Besar SKPC 2013


PENGALAMAN PERKHIDMATAN GURU BESAR

Mula
Hingga
Tempat Bertugas
Jawatan
Gred
2013

SK PULAU CHAPA
GURU BESAR
DGA34
2010
2013
SK TAMAN RAKYAT
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
DGA32
2008
2010
SK TELOK JAMAT
PENOLONG KANAN HEM
DGA32
2008
2008
SMK KEPALA BATAS,
ALOR SETAR, KEDAH
GURU AKADEMIK, KETUA  PANITIA PEN.SIVIK & KEWARGANEGARAAN, PENOLONG GURU DATA
DGA32
2007
2008
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KPM,GENTING HIGHLANDS
KURSUS KELAYAKAN PROFESIONALISME KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH)
DGA32
2005
2007
PPD KOTA SETAR
PEGAWAI KHAS MAKLUMAT
DGA32
2003
2005
SMK POKOK SENA,
KEDAH
GURU DATA & MAKLUMAT, PENYELARAS ICT
DGA29
1998 
2002
SMK DR. MEGAT KHAS,IPOH, PERAK
GURU DATA & MAKLUMAT,  PENYELARAS ICT
DGA29
1997
1998
MAKTAB PERGURUAN TEKNIK KUALA LUMPUR
KURSUS DIPLOMA PERGURUAN KHAS (KDPK)
DG6 (DGA29)
1994
1998
SK HAJI MAHMUD,CHEMOR, PERAK
GURU AKADEMIK, SETIAUSAHA PANITIA BAHASA MELAYU, JU IT
C2 (DGA29)
1986
1994
SK AMPANG CAMPURAN,AMPANG, SELANGOR
GURU MEDIA, KETUA PANITIA BAHASA MELAYU, PBSM, KOIR
C2 (DGA29)

Monday, 19 August 2013

Majlis Serah Tugas Guru Besar SKPC

Majlis serah tugas Guru Besar SK Pulau Chapa Jitra,  Encik Ku Amran Ku Saud kepada Puan Sarina Zainudin, Guru Besar baru SKPC.



GB baru (mantan PK Pentadbiran SK Taman Rakyat) menandatangani buku pelawat disaksikan oleh Puan Che Raihan, Guru Besar SK Taman Rakyat, Alor Setar. 
 
Tuan Haji Hassan bin Pin, Naib YDP PIBG SK Pulau Chapa menyampaikan Cenderamata dari PIBG "Jasamu dikenang"

Cari maklumat anda..