Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 15 July 2015

Majlis Penutupan Ihya Ramadan dan Pra Aidilfitri

     Majlis Penutupan Ihya' Ramadan dan Pra Aidilfitri SK Pulau Chapa telah diadakan pada hari Khamis, 15 Julai 2015 bersamaan 28 Ramadan 1436. Majlis ini dimulakan dengan acara khatam Al-Quran oleh para pelajar Tahun 6. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kuiz Ihya' Ramadan yang telah dijalankan sempena bulan Ramadan, sumbangan kepada anak-anak yatim serta pelajar miskin dan sumbangan baju sekolah kepada semua murid SK Pulau Chapa. Majlis diakhiri dengan acara bersalaman dan pemberian duit raya kepada murid. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari semua warga SK Pulau Chapa.


Tuesday, 26 May 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 18 Mei 2015. Berikut adalah atur cara yang diadakan pada hari tersebut.

7.45 pagi
- Guru dan murid berkumpul
- Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah
- Bacaan doa
- Ucapan wakil murid " Nurul Huda binti Abdullah "
- Ucapan YDP PIBG " Encik Zohri bin Ahmad "
- Ucapan wakil guru " Encik Ishak bin Abdul "
- Ucapan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia " Encik Saiedin bin Bakar "
- Ucapan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia " Puan Noraini binti Ramli "
- Bacaan ikrar guru " Encik Junaidi bin Othman "
- Nyanyian lagu " Guru Malaysia " dan " Biarku Menjadi Lilin "
- Bersalam-salaman murid dengan guru
9.00 pagi - Acara sukaneka
10.15 pagi - Rehat " Jamuan guru dan murid "
11.15 pagi - Acara persembahan murid dan guru serta penyampaian hadiah
1.15 petang - Bersurai







Monday, 4 May 2015

Kejohanan Balapan dan Padang SK Pulau Chapa 2015

      Kejohanan Balapan dan Padang 2015 Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 29 April 2015. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Mahazi bin Haji Ibrahim, Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah AMN.,BCK.,ASK. Kejohanan ini melibatkan pertandingan antara 4 buah rumah sukan iaitu Rumah Laksamana (kuning), Rumah Syahbandar (merah), Rumah Temenggong (hijau), dan Rumah Bendahara (biru). Acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah acara balapan untuk pelajar tahun 3,4,5,6 dan acara sukaneka untuk pelajar tahun 1,2 dan prasekolah. Rumah Biru telah menjadi Johan kejohanan diikuti Rumah Merah sebagai Naib Johan seterusnya Rumah Hijau tempat ketiga dan Rumah Kuning tempat keempat.











Wednesday, 29 April 2015

Kejohanan Sofbal Bawah 12 Dan 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah Kubang Pasu 2015

  Kejohanan Sofbal bawah 12 dan 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah Kubang Pasu telah diadakan pada 26,27 dan 28 April 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun. Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa telah menghantar pasukan bagi mewakili sekolah untuk kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun. Pasukan perempuan telah menjadi Johan dan akan mewakili Daerah Kubang Pasu ke peringkat negeri manakala pasukan lelaki mendapat tempat ketiga bersama Sekolah Kebangsaan Jitra.


Monday, 20 April 2015

Acara Merentas Desa


Acara merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis 16 April 2015. Acara ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu 4L 4P untuk tahun 5 dan 6 manakala 5L 5P untuk tahun 3 dan 4. Jarak laluan untuk kategori 4L 4P adalah sejauh 4km manakala untuk kategori 5L 5P pula adalah sejauh 3.5km.


Saturday, 18 April 2015

Program Cerdas Minda Murid Prasekolah

Program Cerdas Minda Murid Prasekolah peringkat PKG Ayer Hitam telah diadakan di SJK(C) YUH MIN pada 16 April 2015. Program ini diadakan bagi merealisasikan potensi semua murid prasekolah dalam persaingan yang sihat. Seramai 9 orang murid telah dihantar untuk mewakili sekolah dalam 4 acara dan mendapat johan dalam 2 acara. 2 acara yang mendapat johan adalah baling pundi kacang dalam bakul dan lari bawa bola manakala acara jigsaw puzzle mendapat tempat ketiga dan acara andaman si cilik mendapat hadiah saguhati.













Wednesday, 8 April 2015

Maklumat Asas Sekolah 2015



PROFIL SEKOLAH
Nama sekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU CHAPA
Alamat
06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Daerah
Kubang Pasu
Kod Sekolah
KBA4056
Lokasi
Luar Bandar
No. Telefon
04-794 2048
No. Faks
04-794 2048
e-mail
skpc.ppdkp@gmail.com
Laman Web / Blog
Nama Guru Besar
Encik Che Zainudin bin Mohamad
Nama PK Pentadbiran
Puan Noraini binti Ramli
Nama PK HEM
Encik Saeidin bin Bakar
Nama PK Kokurikulum
Puan Normiza binti Ramli
Jumlah Guru
19 orang
Jumlah Staf Sokongan
6 orang
Jumlah Murid Pada 11.01.2015
155 orang
Motto Sekolah
Ilmu Suluh Hidup

Tuesday, 7 April 2015

Program Sayang Disayang

 Pada hari ini 8 April 2015, Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa telah menganjurkan Program Sayang Disayang yang diadakan di kantin sekolah. Encik Rosmira bin Saad selaku Kaunselor Organisasi, PPD Kubang Pasu telah dijemput untuk memberi ceramah kepada para waris. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pulau Chapa dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pulau Chapa. Diharap dengan penganjuran program sebegini dapat mengeratkan lagi pemuafakatan antara ibu bapa dan guru dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.




Wednesday, 1 April 2015

Portal Pendidikan Kedah e-tutor

Pengenalan Kedah e-tutor
Konsep pembelajaran menggunakan "Virtual Learning" atau lebih dikenali sebagai Pembelajaran Alam Maya Secara Interaktif telah ditekankan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Blueprint)Tahun 2013-2025. Ia adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu pelajar-pelajar mencapai tahap pembelajaran dengan menggunakan kaedah eksplorasi teknologi ICT.
Kegunaan e-tutor:
  1. Menambah kandungan atas talian (online) untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik meyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal,dan.
  2. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.
Objektif Kedah e-tutor
  • Kedah e-tutor diperkenalkan kepada pelajar tahun 4,5,6 dan guru bagi pelajar sekolah rendah dan pelajar tingkatan 1 hingga 5 dan guru bagi pelajar sekolah menengah.
  • Membolehkan pelajar menikmati pengalaman suasana pembelajaran yang lebih bersifat kendiri dan peribadi melalui pembelajaran secara video (video learning tutorial).
  • Mempelajari dan mengaplikasi kaedah pembelajaran yang menggunakan teknik "mind mapping" yang diperkenalkan oleh Tony Buzan.
  • Dapat menanam nilai sifat proaktif di kalangan pelajar dengan menumpukan kepada kaedah pembelajaran secara kendiri.
  • Menjadi salah satu pemangkin kejayaan Negeri Kedah dalam usaha memperbaiki pencapaian bidang pendidikan di arena nasional.
Senarai mata pelajaran yang disediakan Kedah e-tutor.
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Pendidikan Moral, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, dan Biologi.

4 Langkah Mudah Menggunakan e-tutor.
  1. Layari laman sesawang http://www.kedah-etutor.com
  2. Log masuk kali pertama dengan mengisi ruang NAMA PENGGUNA dan KATA LALUAN menggunakan nombor kad pengenalan anda.
  3. Mulakan sesi pembelajaran atas talian mengikut mata pelajaran yang dipilih.
  4. Cetak dan hantar Kad Laporan Mingguan anda kepada guru anda.
  

Monday, 30 March 2015

PELAN LALUAN KECEMASAN SK PULAU CHAPA


Sunday, 29 March 2015

Majlis Pelancaran Kelab Kitar Semula

Sekolah Kebangsan Pulau Chapa telah mengadakan Majlis Pelancaran Kelab Kitar Semula pada hari Ahad bersamaan 29 Mac 2015.Majlis ini akan disempurnakan oleh Puan Azhana bin Che Ghazali
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Alam Sekitar Semula Dan Kesedaran Awam Negeri Kedah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Objektif Penubuhan Kelab Kitar Semula.
I. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.
II. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula.
III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
IV. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

Jawatankuasa Kecil

Pengerusi               : Encik Che Zainudin bin che Mohamad
Naib Pengerusi 1  : Puan Normiza binti Ramli
Naib Pengerusi 2  : Puan Noraini binti Ramli
Naib Pengerusi 3  : Encik Saeidin bin Bakar
Setiausaha             : Puan Norhaiza binti Yusoff
Bendahari               : Puan Zuraida binti Nanyan










Cari maklumat anda..