Thursday 29 August 2013

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SKPC

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56 peringkat sekolah telah diadakan pada tarikh 29 Ogos 2013 (Khamis) bertempat di Dataran SKPC. Turut hadir menyerikan majlis ialah Tuan Haji Hassan bin Pin, Naib Yang Di Pertua PIBG SKPC.

Majlis bertujuan menanam semangat patriotisme dalam diri kanak-kanak, menghargai keamanan yang kita kecapi sekarang, sayangi bendera Jalur Gemilang dan negara Malaysia yang tercinta.

Majlis yang sederhana tapi meriah ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Puan Guru Besar, nyanyian lagu-lagu patriotik, pelancaran bulan sambutan, kuiz merdeka dan kibaran bendera Jalur Gemilang. Majlis diakhiri dengan laungan Merdeka! oleh seluruh warga SKPC. 



Merdeka! Merdeka! Merdeka!
,


0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..