Monday 30 December 2013

LDP KSSR PBS Tahun 4

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 4 telah diadakan pada 29 Disember 2013 (Ahad). LDP ini bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas, pendedahan dan maklumat sebenar tentang isi kandungan, kaedah dan teknik pengajaran mata pelajaran KSSR Tahun 4.

LDP ini dihadiri oleh semua guru SKPC disampaikan oleh guru-guru yang menghadiri kursus berkenaan di peringkat PPD Kubang Pasu dan JPN Kedah. Dalam kursus ini juga guru-guru diberi penerangan yang jelas mengenai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan dasar penting KPM yang bergerak selari dengan KSSR. 

Harapan Guru Besar melalui LDP ini guru-guru dapat menghayati konsep KSSR dan PBS serta melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM, seterusnya mencapai misi dan visi KPM.




0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..