Monday 17 March 2014

Hari Anugerah Cemerlang



Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 16 Mac 2014 (Ahad) jam 2.30 hingga 4.30 petang bertempat di kantin SKPC.  Terima kasih kepada YB. Dato' Othman Haji Aziz, Ahli Parlimen Jerlun yang telah sudi hadir menyempurnakan majlis perasmian dan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Majlis diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Majlis juga diserikan dengan persembahan murid dan jamuan ringan.

Syabas dan tahniah kepada para penerima hadiah dan ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak. Setinggi-tinggi penghargaan dan kasih juga kepada semua guru dan PIBG yang telah berkerjasama menjayakan majlis HAC ini.

0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..