Monday 14 April 2014

Majlis Penyerahan Anak Angkat

Majlis Penyerahan Anak Angkat dijalankan hari ini, yang merupakan sebahagian dari Program Sekolah Penyayang. Program melibatkan seramai 32 orang anak angkat. Mereka terdiri daripada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun ini. Semua guru memilih anak angkat masing-masing secara undian. Setiap guru menerima 2 orang anak angkat. Ibu bapa angkat akan mendidik, memotivasi dan membantu anak angkat masing-masing dalam pelajaran harian mereka. Semoga program ini akan dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam UPSR 2014.














0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..