Sunday 16 August 2015

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015

       Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada hari Ahad, 16 Ogos 2015 semasa sesi perhimpunan pagi. Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Noraini Binti Ramli. Bulan Ogos diistiharkan sebagai bulan kemerdekaan bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Matlamat utama pelancaran bulan kemerdekaan ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dikalangan murid-murid disamping memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya kemerdekaan kepada sesebuah negara. Pelbagai program telah dirangka untuk memeriahkan lagi bulan kemerdekaan ini. Antaranya seperti pertandingan menghias kelas, kuiz kemerdekaan, nyanyian lagu-lagu patriotik sepanjang bulan kemerdekaan dan banyak lagi. Diharapkan dengan adanya program-program sebegini murid-murid akan dapat menghayati matlamat pelancaran bulan kemerdekan ini dan berusaha mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi.







0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..