Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa, Jitra

Anda boleh mendapatkan informasi mengenai sekolah kami di sini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Sekolah

Majlis sambutan telah diadakan pada 31 Oktober 2013. Kanak-kanak Permata Negara. Sayangi mereka.

Keputusan UPSR 2013

Antara pelajar cemerlang UPSR. Walaupun hanya seorang pelajar mendapat 5A, kami tetap bangga dengan kesungguhan guru-guru dan kegigihan anak didik kami. Tahniah.

Majlis Jalinan Kasih Bersama Anak-anak Istimewa

Terima kasih kepada Persatuan OKU (Akal) Negeri Kedah yang sudi datang meraikan anak-anak istimewa bersama warga SKPC.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 28 February 2014

LDP VLE Frog 1Bestari Net

Latihan Dalam Perkhidmatan 2 (LDP) bertajuk VLE Frog 1 Bestari Net telah diadakan pada 27 Februari 2014 jam 1.15 hingga 3.15 petang (2 jam) bertempat di makmal ICT/Bahasa SKPC. Kursus ini disertai oleh 15 orang guru SKPC diketuai oleh Guru Besar selaku jurulatih, dengan dibantu oleh Encik Anuar (admin) dan Puan Hasniza sebagai pemudahcara.


Menerusi LDP yang dilaksanakan dalam bentuk bengkel secara hands on ini guru-guru dibimbing mengaktifkan akaun 1BestariNet masing-masing. Guru-guru diajar membina Dashboard  pdp masing-masing. Harapan Guru Besar agar semua guru dapat mengakses, membina dan menggunakan bahan pdp menerusi dashboard masing-masing.







Sunday, 23 February 2014

Pembelajaran Maya 1 BestariNet

Pembelajaran maya melalui 1BestariNet telah diperkenalkan mulai tahun 2012. Guru-guru, pelajar dan ibu bapa diberikan login ID (ID Pengguna) dan password (kata laluan) bagi membolehkan mereka mengakses internet mudah sama ada di rumah atau di sekolah menerusi VLE Frog. 


Pengguna boleh mendaftar masuk menerusi http://kba4056.1bestarinet.net/ dengan menaip ID Pengguna dan kata laluan masing-masing. Setiap pengguna yang mengaktifkan ID Pengguna masing-masing akan dapat membangunkan dashboard masing-masing.



Majlis pelancaran 1BestariNet peringkat Daerah Kubang Pasu telah diadakan di SMK Ayer Hitam pada 14 September 2013 (Sabtu) manakala Profesionalisme Pengetua Guru Besar telah diadakan di Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil pada 22 Februari 2014 (Sabtu). Sesi taklimat secara hands on kepada guru-guru SKPC akan diadakan pada 27 Februari 2014 (Khamis).

 




Hari kokurikulum 2014

Hari Kokurikulum telah diadakan pada 22 Februari 2014 (Sabtu) yang lalu. Program dirasmikan oleh Encik Hassan Bin Pin, Naib Yang Dipertua (NYDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPC.

Pelbagai acara menarik diadakan bagi memeriahkan program yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah ini. Antaranya, pertandingan mewarna, senamrobik, gerai jualan oleh persatuan dan kelab, istana belon, cabutan bertuah serta pameran dari agensi kerajaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program Hari Kokurikulum ini iaitu Datuk Haji Othman Bin Aziz, Ahli Parlimen Jerlun, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Kubang Pasu, Tabung Haji Kubang Pasu dan Encik Shuhaimie Che Pa, Jurulatih Senamrobik. 

Terima kasih kepada para penyumbang hadiah utama cabutan bertuah Altacom Enterprise, Top Angel Komputer dan Pustaka Jitra. Terima kasih juga kepada semua guru, staf sokongan, guru-guru KAFA SPI dan semua pelajar yang turut sama berganding tenaga menjayakan program ini.




Istana belon menjadi tumpuan anak-anak

Pameran AADK

Para waris yang turut hadir memeriahkan program. 


Cikgu Shahidah turut memenangi hadiah cabutan bertuah

Pemenang hadiah utama cabutan bertuah

Saturday, 8 February 2014

Gotong-royong Mengecat Bilik Darjah

Program gotong-royong mengecat bilik darjah telah diadakan pada hari Sabtu 8 Februari 2014. Program ini disertai oleh guru-guru, staf sokongan, pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 serta para waris yang prihatin akan keselesaan belajar anak-anak mereka. Program ini bertujuan untuk menceriakan bilik darjah dan menjalinkan hubungan yang erat antara guru, pelajar dan ibu bapa. 

Program gotong-royong ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Walaupun program ini kurang mendapat sambuatan para waris namun hasil usaha gigih guru-guru, staf sokongan dan pelajar dapat mengubah warna dan suasana bilik darjah menjadi lebih ceria dan cantik. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesungguhan semua guru, staf sokongan, para pelajar dan waris yang bersama-sama menjayakan program ini. Budi tuan/puan hanya Allah s.w.t sahaja yang akan membalasnya. Harapan Guru Besar agar para waris turut serta dalam sebarang program anjuran pihak sekolah.










  






Tuesday, 4 February 2014

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan telah diadakan 4 Februari 2014 (Selasa). Majlis disempurnakan oleh Encik Hassan Bin Pin, Naib Yang Dipertua Persatuan Guru dan Ibu Bapa (PIBG) SKPC. 

Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar. Dalam ucapan beliau Guru Besar memohon ibu bapa supaya menggunakan bantuan yang diberikan ini untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak. Guru Besar juga mengambil peluang ini untuk mengingatkan ibu bapa tentang pentingnya mereka memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari dan menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru serta mengurus masa belajar mereka. 

Guru Besar juga meminta ibu bapa mengambil peluang menghantar anak-anak ke kelas KAFA SPI yag diadakan pada sebelah petang selasa tiga hari seminggu iaitu Ahad, Isnin dan Selasa. Mereka juga diminta menjelaskan bayaran yuran KAFA bagi tahun 2013.

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan diakhiri dengan penyampaian wang bantuan oleh Encik Hassan Bin Pin, NYDP PIBG SKPC.







Cari maklumat anda..