Tuesday 15 July 2014

Kempen Kitar Semula oleh Enviroment Idaman

Kempen Kitar Semula telah diadakan pada 15 Julai 2014 (Selasa) dengan kerjasama Enviroment Idaman Kota Setar dan Kubang Pasu. Majlis dihadiri oleh Puan Shafina dan Encik Saiful. Majlis dimulakan dengan ceramah Kitar Semula oleh Encik Saiful dari Enviroment Idaman. Soalan-soalan kuiz dikemukakan kepada murid-murid dan hadiah disampaikan oleh Enviroment Idaman.


Majlis diakhiri dengan penyerahan Sangkar Kitar Semula oleh Encik Saiful kepada Guru besar SKPC. Warga SKPC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Enviroment Idaman kerana sudi hadir memberi penerangan tentang kepentingan Kitar Semula dan seterusnya meminjamkan Sangkar Kitar Semula untuk kegunaan anak-anak SKPC. Semoga kempen ini akan dapat menanam sifat cintakan alam sekitar menerusi amalan kitar semula.







0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..