Monday 21 July 2014

Program Ihya' Ramadan 1435 Hijrah

Program Ihya' Ramadan SKPC dijalankan sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak bermula dari tarikh 30 Jun 2014 hingga 24 Julai 2014. Antara aktiviti yang dijalankan setiap hari adalah tazkirah ramadan, hafazan, tadarus al-quran dan majlis khatam al-Quran.

07.15-07.45 pagi - Hafazan (Murid Tahap 1)
07.15-07.45 pagi - Tadarus Al-Quran (Murid Tahap 2)

09.45-10.15 pagi - Hafazan (Murid Tahap 1)
10.15-10.45 pagi - Tadarus Al-Quran (Murid Tahap 2)

Program Ihya' Ramadan diadakan bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak, menghayati fadilat bulan Ramadan, di samping menanam sikap mencintai Al-Quran dalam diri anak-anak SKPC serta membudayakan amalan membaca Al-Quran setiap hari.

Penutup Program Ihya' Ramadan adalah Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada 24 Julai 2014 (Khamis) bersamaan 26 Ramadan 1435 Hijrah.






0 comments:

Post a Comment

Cari maklumat anda..